Hadis Sumber Kedua Perundangan Islam
Tujuan Mempelajari Hadis- Dapat memahami hal- hal agama dengan jelas
- Selamat daripada kesilapan pengambilan hadis
- Dapat mengetahui keperibadian Rasulullah SAW yang sebenar
- Dapat mencintai dan menghayati sunnah Rasulullah SAW
Kedudukan Hadis
- Merupakan sumber perundangan yang kedua selepas Al-Quran, yang wajib ditaati dan dipatuhi
- Berasaskan kepada dalil- dalil Al-Quran, Hadis dan Ijma' sahabat
Fungsi Dan Peranan Hadis
- Untuk mengukuhkan hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT dalam Al-Quran
- Mentafsir ayat Al-Quran yang mujmal
- Mentaqyidkan ayat Al-Quran yang mutlak
- Mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum
- Menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran
Pandangan Golongan Anti-Hadis Dan Orientalis Terhadap Hadis
- Hadis Rasulullah SAW adalah rekaan semata- mata
- Rasulullah SAW adalah manusia yang juga melakukan kesalahan semasa menjadi Nabi dan sesudahnya
- Hadis atau sunnah Nabi yang dikaitkan kepada Baginda adalah ajaran palsu yang muncul antara 200- 250 tahun kemudian
- Konsep sunnah tidak pernah disebut pada zaman Rasulullah SAW dan ia timbul pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz
Hujah Untuk Menolak Pandangan Orientalis Terhadap Hadis
- Rasulullah SAW adalah seorang yang "Ummi", yakni tidak tahu menulis dan membaca. Adalah menjadi ganjil dan tidak munasabah Baginda boleh mencipta Hadis sendiri.
- Memang diakui bahawa Rasulullah SAW sebagai seorang manusia tetapi Baginda "Ma'sum", yakni dipelihara oleh Allah SWT daripada maksiat dan dosa
- Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah Al-Quran dan hadis
- Catatannya bukanlah berlaku dalam tempoh 200 - 250 tahun selepas kewafatan Baginda
- Konsep sunnah wujud semenjak zaman Rasulullah SAW lagi sebagaimana dalam hadisnya, " 'Alaikum bisunnati ", yang bermaksud "hendaklah kamu mengikut sunnahku". Dan bukanlah timbul pada 60 atau 70 tahun kemudian.
Wallahu'alam
HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA
Dilarang mengeluar ulang mana- mana bahagian daripada kandungan laman ini dengan cara apa sekalipun sebelum mendapat izin daripada penulis
Dibawakan Khas Oleh : DARUL MISBAH ENTERPRISE
terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete