Hukum Onani Bagi Lelaki & Wanita
Soalan : Apakah Hukum melakukan onani?
Jawapan : Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
Kadang-kadang darah pemuda bergelora,
kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat
kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara
semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau
adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan
perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang
berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya
kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak
tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu
adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan
syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat,
bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti
memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm.
Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua
perkara:
1. Karena takut berbuat zina.
2.
Karena
tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk
kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan
akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau
bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di
hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak
berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah
tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari
itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah
s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia
memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar
bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap
penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu
Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di
antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan
pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka
hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung."
(Riwayat Bukhari)
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai
kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang
haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada
tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى
أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya : "dan
orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau
hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada
tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan
nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
a) Malumin : Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang
yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini
sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam
keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan
PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya
adalah di ketika 'pasti akan
terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar
BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia
atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin
berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di
mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya
bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak
yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah)
sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh
sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh
menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan
disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya
untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong
ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak
tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang
terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya
dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke
tempat kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau
haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius
apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada
kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan
doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada
kehidupan seksual apabila berumahtangga
Jika anda lakukan onani
secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat
untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati
bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai
‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani
mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan
diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan
seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan
boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Jika agak ganas dengan cara
merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan
bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan
lama menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit
adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia
hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana
kerosakan buah zakar lelaki
Saya ingin mengingatkan yang
kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani,
dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul
kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda
melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol,
menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau
mencederakan buah zakar. Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah
zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas,
anda akan menjadi mandul.Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk
dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti
keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah
terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok
atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau
penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah
rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan
onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar,
bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan
adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita
dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di
tegah makan dan minum di siang hari.
3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan
untuk bangun sahur.
4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan
untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
0 comments: