Bolehkah Saya Jamak Solat Ketika Menghadiri Majlis-Majlis Keramaian?
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz.. Saya ada satu kemushkilan berkenaan solat jamak.
Assalamualaikum Ustaz.. Saya ada satu kemushkilan berkenaan solat jamak.
Kawan saya (perempuan) perlu menghadiri satu majlis makan malam yang memerlukan dia berada di majlis tersebut dari waktu maghrib sehingga lewat malam dengan pakaian & makeup. Bolehkah kawan saya jamak solat maghribnya ke dalam waktu isyak atau sebaliknya?.. Sekian, Terima kasih..
Jawapan oleh: Ustaz Ahmad Shukri Muhammad
Waalaikumussalam wbt, 1)Tiada sebab yg diharuskan syarak yg membenarkan dia untuk Jamakkan solatnya.
2)Dia boleh berwuduk sebelum majlis dan pergi menunaikan solat maghrib apabila masuk waktunya. Isyak ditunaikan setelah selesai majlis. (sebaiknya keluar seketika untuk solat isyak mcm maghrib tadi)
3)Solat lebih utama daripada urusan duniawi, tunaikan solat agar kita tidak berhutang dgn Allah atas kewajipan kita kepadanya..
4) Lagi baik dia x hadir sekiranya majlis itu berunsur maksiat @ lagha (sia-sia)..
Wallahualam,
Faqir ilallah..
0 comments: