Insiden MH370 Mengajak Kembali Kepada Allah
Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat
menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang
tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi
"mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita
sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini
akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah
nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu,
bangunlah. Masamu semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada
siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan
perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini
sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.
Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan
untuk kita bersatudan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi
kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi
bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara
terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang
bertelagah.
Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali
kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan
oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya
mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu
Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di
bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang
bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya
bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama
mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara
akhlaq dan budi pekerti mereka
0 comments: