Maksud di Sebalik Lirik Suci Dalam Debu

21:13 Unknown 4 Comments

Setiap lirik lagu yang dihasilkan mesti ada tujuan dan maksud yang ingin disampaikan kepada pendengar. Ada lirik yg berunsurkan percintaan dan ada juga yg berunsurkan ketuhanan.

Lagu bertajuk Suci Dalam Debu yang dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990 mempunyai maksud yang mendalam dan berunsurkan ketuhanan. Tapi, bukannya penyanyi lagu tu yg penting, tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu, S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim. Beliau ialah seorang pengikut aliran tasauf/Sufi.

Mungkin tidak ramai yang perasan dan memahami maksud lirik tu, malah ada yang memahami dengan maksud dan tafsiran yang lain.
Jadi, di bawah ni saya letakkan maksud di sebalik lirik lagu Suci Dalam Debu.

***********************************************************
Engkau bagai air yang jernih
  • Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)


Di dalam bekas yang berdebu
  • Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.


Zahirnya kotoran itu terlihat
  • Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain


kesucian terlindung jua
  • Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.


Cinta bukan hanya di mata
  • Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat


Cinta hadir di dalam jiwa
  • Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah


Biarlah salah di mata mereka
  • Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat


Biar perbezaan terlihat, antara kita
  • Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia


Kuharap engkau kan terima
  • Bermunajat agar di terima Ilahi


Walau di pandang hina
  • Sebagai hamba yang hina


Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
  • Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata


Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
  • Di alam akhirat


Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
  • Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya.


Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
  • Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar


Debu jadi permata, hina jadi mulia
  • Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat


Bukan khayalan, yang aku berikan
  • Kitab Al Quran


Tapi keyakinan yang nyata
  • Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.


***********************************************************



You Might Also Like

    4 comments:

    1. memang benar, puitis sungguh lirik lagu ini. Mungkin bait2 liriknya kebetulan terkait dgn jalur hidupku, tiap kali lagu ini berkumandang, meremang bulu romaku beriring debaran jantung yg mulai kencang.... Tahniah dan terima kasih buat Sang Pencipta.

      ReplyDelete
    2. Manusia leka dgn hal duniawi sampai lupa dgn diri yg sebenar diri yg terperi. Suatu hari nanti bila ditakdirkan kita bersama, bercahayalah semula diri yg tersembunyi. Sebelum mengenal Allah, kenal dulu diri yg terperi. Pabila kenal binasalah kita. Tiada apa yg kita ada. Semuanya berbalik kp Allah

      ReplyDelete
    3. Alhamdulillah.... sering denger lagu suci dalam debu...teringat masa" remaja..semoga pencipta lagu di berikan kesehatan &umur panjang Amin amin

      ReplyDelete