Muhasabah Aidilfitri
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T., pada hari ini kita dapat menyambut ‘hari konvokesyen’ setelah menamatkan pengajian di Universiti Ramadhan.
Ramadhan diistilahkan oleh para ulama’ sebagai sebuah pusat tarbiyyah ruhiyyah dan rabbaniyyah kerana di sana terdapat pelbagai keistimewaan dan amalan yang khusus dengan pakej yang lengkap bagaikan sebuah universiti atau madrasah atau sekolah.
Maka, saya kira tidak lengkap analogi jika tidak kita kaitkan dengan Aidilfitri.
Hari konvokesyen universiti diadakan bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan pencapaian yang telah ditetapkan. Sebahagian mahasiswa tidak dapat bergraduat kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan seperti kekurangan jumlah jam kredit, gagal berhenti dan gagal dalam subjek-subjek tertentu, tidak cukup syarat PNGK dan sebagainya. Perlaksaan hari tersebut juga penuh dengan adab dan protokol.
Begitu juga dengan 1 Syawal. Ia adalah Hari Konvokesyen Graduan Ijazah Taqwa Universiti Ramadhan dan tidak semua mahasiswa/i Ramadhan berjaya mendapat ijazah Taqwa. Ia juga mempunyai protokol yang tersendiri. Menghidupkannya dengan mandi sunat Aidilfitri, bertakbir dan menunaikan solat Sunat Aidilfitri adalah ibadah.
Ayuh kita koreksi diri…
Sebenarnya, layakkah kita bergraduat sebagai seorang yang memegang ijazah TAQWA? Cukupkah jumlah jam kredit puasa dan tarawih kita? Rajinkah kita menyiapkan‘assignment’ qiamullail di malam-malam Ramadhan? Banyakkah kita bersedekah?
Tepuk dada, Tanya iman. Wallahua’lam.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Daripada : Muhammad Amirul Hakim Bin Abdul Ghani & Keluarga
Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja’alna minal ‘aidin wal faizin.
0 comments: