Muhasabah Aidilfitri

09:39 Unknown 0 Comments

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T., pada hari ini kita dapat menyambut ‘hari konvokesyen’ setelah menamatkan pengajian di Universiti Ramadhan.

Ramadhan diistilahkan oleh para ulama’ sebagai sebuah pusat tarbiyyah ruhiyyah dan rabbaniyyah kerana di sana terdapat pelbagai keistimewaan dan amalan yang khusus dengan pakej yang lengkap bagaikan sebuah universiti atau madrasah atau sekolah.

Maka, saya kira tidak lengkap analogi jika tidak kita kaitkan dengan Aidilfitri.

Hari konvokesyen universiti diadakan bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan pencapaian yang telah ditetapkan. Sebahagian mahasiswa tidak dapat bergraduat kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan seperti kekurangan jumlah jam kredit, gagal berhenti dan gagal dalam subjek-subjek tertentu, tidak cukup syarat PNGK dan sebagainya. Perlaksaan hari tersebut juga penuh dengan adab dan protokol.

Begitu juga dengan 1 Syawal. Ia adalah Hari Konvokesyen Graduan Ijazah Taqwa Universiti Ramadhan dan tidak semua mahasiswa/i Ramadhan berjaya mendapat ijazah Taqwa. Ia juga mempunyai protokol yang tersendiri. Menghidupkannya dengan mandi sunat Aidilfitri, bertakbir dan menunaikan solat Sunat Aidilfitri adalah ibadah.

Ayuh kita koreksi diri…

Sebenarnya, layakkah kita bergraduat sebagai seorang yang memegang ijazah TAQWA? Cukupkah jumlah jam kredit puasa dan tarawih kita? Rajinkah kita menyiapkan‘assignment’ qiamullail di malam-malam Ramadhan? Banyakkah kita bersedekah?

Tepuk dada, Tanya iman. Wallahua’lam.



Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Daripada : Muhammad Amirul Hakim Bin Abdul Ghani & Keluarga

Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja’alna minal ‘aidin wal faizin.

0 comments:

'Ulum Al-Quran Dan Kepentingannya

09:10 Unknown 15 Comments

Pengertian Al-Quran Dan ‘Ulum Al-Quran
  • Dari segi bahasa Al-Quran bermaksud bacaan. Manakala ‘ulum ialah kata jama’ bagi perkataan Ilmu, yang bermaksud pengtahuan.
  • Dari segi istilah, Al-Quran ialah kalamullah yang bermu’jizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat jibril di dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.
  • ‘Ulum Al-Quran pula ialah satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti ilmu yang mengkaji tentang sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, sebab nuzul(turun ayat), Al-Makki wal Madani, nasakh wal mansukh.

Peringkat Perkembangan Dan Pembukuan ‘Ulum Al-Quran

PERINGKAT/MASA
INDIVIDU YANG TERLIBAT
BENTUK PERKEMBANGAN
Pertama : Zaman Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW dan Para Sahabat
Penurunan, penulisan, pengajian dan penghayatan Al-Quran

Kedua : Zaman Sahabat, Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Zaman Khalifah Usman Bin Affan, Zaman Khalifah Ali Bin Abi Talib
Para Sahabat dan Tabi’in
  • Pengumpulan Al-Quran  [القرءان   علم جمع]
  • Penyatuan Al-Quran dikenali sebagai Al-Mashaf Al-‘Usmani          [ المصحف العثمانى ]
  • Pembukuan kaedah nahu bahasa Arab oleh Abu Aswad Ad-duali             [لِي  ابو الأسوَد الدّوءّ ]


Ketiga : Zaman أَموِى
Para Tabi’in
Penandaan titik dan baris huruf Al-Quran oleh حجاج بن يسف الثقفي

Keempat : Zaman ‘Abasi
Para Tabi’ Tabi’in
Perkembangan ilmu tafsir dan pembukuan bidang- bidang ilmu Al-Quran seperti :
  •  علم تفسير بالرأي
  •  غَريبُ القرءان
  •  أسبابُ النزول 

Dan lain- lain ilmu berkaitan


Faedah Mempelajari ‘Ulum Al-Quran
  • Meneguhkan keimanan terhadap keagungan Al-Quran sebagai kalamullah
  • Dapat memahami Al-Quran dengan betul
  • Dapat beramal dan menghayati isi kandungan Al-Quran
  • Dapat menolak kekeliruan yang timbul terhadap Al-Quran

Bidang Kajian ‘Ulum Al-Quran
  • مقدمة علوم الثرءان
  • Konsep Wahyu
  • أسباب نزول الاية
  • إعجاز القرءان
  • أمثال القرءان
  • أقسام القرءان
  • جدل القرءان
  • لغة القرءان
  • بلاغة القرءان
  • علوم التفسير
  • علوم القراءات
  • ضبط القرءان

Kesan Perkembangan ‘Ulum Al-Quran
  • Menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap Al-Quran
  • Melatih kekuatan dan ingatan melalui penghayatan Al-Quran
  • Melatih beriltizam dengan disiplin dan etika pembelajaran


Wallahu'alam

HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA
Dilarang mengeluar ulang mana- mana bahagian daripada kandungan laman ini dengan cara apa sekalipun sebelum mendapat izin daripada penulis



15 comments:

Hadis Sumber Kedua Perundangan Islam

05:46 Unknown 1 Comments

Tujuan Mempelajari Hadis

  • Dapat memahami hal- hal agama dengan jelas
  • Selamat daripada kesilapan pengambilan hadis
  • Dapat mengetahui keperibadian Rasulullah SAW yang sebenar
  • Dapat mencintai dan menghayati sunnah Rasulullah SAW
Kedudukan Hadis
  • Merupakan sumber perundangan yang kedua selepas Al-Quran, yang wajib ditaati dan dipatuhi
  • Berasaskan kepada dalil- dalil Al-Quran, Hadis dan Ijma' sahabat
Fungsi Dan Peranan Hadis
  • Untuk mengukuhkan hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT dalam Al-Quran
  • Mentafsir ayat Al-Quran yang mujmal
  • Mentaqyidkan ayat Al-Quran yang mutlak
  • Mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum
  • Menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran
Pandangan Golongan Anti-Hadis Dan Orientalis Terhadap Hadis
  • Hadis Rasulullah SAW adalah rekaan semata- mata
  • Rasulullah SAW adalah manusia yang juga melakukan kesalahan semasa menjadi Nabi dan sesudahnya
  • Hadis atau sunnah Nabi yang dikaitkan kepada Baginda adalah ajaran palsu yang muncul antara 200- 250 tahun kemudian
  • Konsep sunnah tidak pernah disebut pada zaman Rasulullah SAW dan ia timbul pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz
Hujah Untuk Menolak Pandangan Orientalis Terhadap Hadis
  • Rasulullah SAW adalah seorang yang "Ummi", yakni tidak tahu menulis dan membaca. Adalah menjadi ganjil dan tidak munasabah Baginda boleh mencipta Hadis sendiri.
  • Memang diakui bahawa Rasulullah SAW sebagai seorang manusia tetapi Baginda "Ma'sum", yakni dipelihara oleh Allah SWT daripada maksiat dan dosa
  • Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah Al-Quran dan hadis
  • Catatannya bukanlah berlaku dalam tempoh 200 - 250 tahun selepas kewafatan Baginda
  • Konsep sunnah wujud semenjak zaman Rasulullah SAW lagi sebagaimana dalam hadisnya, "  'Alaikum bisunnati ", yang bermaksud "hendaklah kamu mengikut sunnahku". Dan bukanlah timbul pada 60 atau 70 tahun kemudian.

Wallahu'alam



HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA
Dilarang mengeluar ulang mana- mana bahagian daripada kandungan laman ini dengan cara apa sekalipun sebelum mendapat izin daripada penulis

Dibawakan Khas Oleh : DARUL MISBAH ENTERPRISE


1 comments:

TRAGEDI MH17 Mengajak Kita Muhasabah Diri

10:42 Unknown 0 Comments

Allahuakbar.... Belum habis kesedihan rakyat Malaysia dengan misteri kehilangan pesawat MH370, kini rakyat Malaysia diuji lagi sekali dengan bencana yang menimpa pesawat MH17.

Bencana yang menimpa ini merupakan sebahagian daripada rentetan lain termasuk pencerobohan Pantai Timur Sabah yang masih belum menunjukkan tanda-tanda berakhir. Bermula daripada kemasukan segerombolan pihak bersenjata dan berterusan dengan siri penculikan.

Kita kehilangan beberapa orang anggota keselamatan – isteri menjadi balu, anak menjadi yatim, ibu kehilangan anak dan sebagainya – semua insiden ini memberikan kesedihan bukan sahaja kepada keluarga yang terbabit, malah rakyat Malaysia secara amnya.

Jauh sebelum itu, negara kita juga dilanda musibah yang sehingga kini masih tiada jawapan – kematian misteri yang membabitkan Altantuya, Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani Mohamed, Norita Samsuddin dan mungkin banyak lagi. Kesemuanya memberi kesan yang mendalam terhadap keluarga terbabit.

Sehingga kini terlalu banyak persoalan daripada jawapan dalam kesemua kejadian dan kes di atas. 

Oleh hal yang demikian, wajarlah rakyat Malaysia terutama para pemimpin bermuhasabah diri dan memohon keampunan daripada Allah. Kadangkala secara kita tidak sedar kita telah melakukan kezaliman dan doa orang yang dizalimi itu telahpun dimakbulkan Allah SWT, tidak kira sama ada mereka Muslim atau tidak. Untuk menyedarkan kita maka Allah akan hantar peringatan demi peringatan.

Kepada keluarga yang terbabit, takziah dan bersabarlah. Segala yang berlaku ada hikmahnya.
Ambil masa untuk kita sama- sama bermuhasabah diri.

0 comments:

Merdeka 31 Ogos 1957

08:02 Unknown 0 Comments

Penetapan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Haji Sulaiman Palestin, Haji Ahmad Badawi, dan beberapa pemimpin UMNO lain meminta pandangan Sheikh Abdullah Fahim, Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka tarikh lain yang bersesuian ialah pada 31 Ogos 1962. Tarikh 31 Ogos 1957, dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘Tahun Baik Datang Kepada Kita’.

0 comments:

Insiden MH370 Mengajak Kembali Kepada Allah

06:11 Unknown 0 Comments

Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.

Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.

Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatudan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.

Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka



0 comments:

Jerebu Juga Bala Tentera Allah

04:41 Unknown 0 Comments

Harus diingat juga akan peristiwa jerebu dan krisis politik yang berlaku pada tahun 1998 dahulu dan apa yang berlaku kini. Apa yang berlaku hampir sama dan diharap tidak berulang lagi. RAKYAT Malaysia seluruhnya – Islam dan bukan Islam - hendak bersabar dan insaf akan ujian dan bala jerebu dari Allah yang melanda beberapa negeri sejak dua tiga hari ini. Bala tsunami sehari selepas Hari Natal beberapa tahun dulu datang dengan tiba-tiba, mangsa tidak sempat berfikir, dan mangsa yang selamat saja dapat menginsafinya hingga bertahun-tahun. Bala jerebu ini dialami oleh semua memberikan banyak masa kepada manusia mengisafinya.

APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41 surah ar-Rum.

Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang dikirim-Nya bagi memberi amaran kepada manusia? Seperti Allah menjadikan tentera-Nya dalam bentuk seekor nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh. Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti yang dialami oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dan lain-lain.

Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.

Apakah gara-gara yang dialami oleh kemarau? Tumbuhan dan tanaman tidak menjadi. Ia menyempitkan rezeki manusia dan binatang. Manusia putus minuman kerana tiada sumber air, putus bahan makanan kerana tanaman tidak menjadi. Apabila binatang baik ternakan dan yang liar mati kelaparan, akhirnya tiada apa yang manusia dapat makan kecuali pasir.
Manusia lupa kepada Allah dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah. Maka Allah yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada ulama.Allah datangkan jerebu sebagai satu ingatan supaya rakyat dan Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah.

Allah tidak datangkan gempa bumi atau tsunami seperti di Aceh atau lain-lain bala yang menyebabkan rakyatnya mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan akhirnya ramai mati. Tetapi bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah, maka bagi mereka yang mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah.

Kita fikir- fikirkanlah. Tetapi sekadar berdoa dan solat hajat saja tidak cukup. Selain dari doa dan solat hajat, yang lebih penting ialah kembali kepada cara hidup Islam. Wallahulam.


0 comments:

Insiden Pesawat MH370 Kita Ambil Iktibar

01:40 Unknown 0 Comments

Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Masalah catu air di beberapa kawasan di Malaysia akibat kemarau belum selesai. Kini, Malaysia diuji pula dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.

Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu. Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.

Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.

Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.
Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.

Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya & mengurniakan seuntai doa yang bermaksud :
Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?

Kita ambil iktibar & semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia. Wallahu'alam.


0 comments:

Muhasabah Diri Dituntut Dalam Islam

01:28 Unknown 0 Comments

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak), Rasulullah SAW.

Muhasabah diri merupakan amalan para anbiya’, mursalin dan orang-orang soleh.
Muhasabah menurut Ibnu Qudamah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat.

Manakala Ibnul Qaiyim pula berkata muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali.

Rasulullah SAW sendiri pernah memuji sikap muhasabah di dalam hadith Baginda yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi daripada Syadad bin Aus RA iaitu “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).”

Memetik kata-kata seorang ulama iaitu as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie yang pernah menyatakan di dalam kitabnya Burhan al-Muayyad bahawa “Daripada takut, akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah, timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah, hati akan sentiasa sibuk bersama Allah SWT”.

Umat Islam diseru agar memulakan hari- hari yang baru dengan menanamkan semangat menyampaikan sesuatu yang baik dengan penuh kebenaran.
“Kebenaran yang hakiki itu kadangkala menuntut kita bersikap yakin dan berani dalam setiap hal. Hayatilah ungkapan “Berkatalah benar sekalipun pahit” untuk menjadi satu semangat kepada kita bilamana berhadapan dalam setiap cabaran dan dugaan,”

“Namun kata-kata benar yang hendak kita lafazkan haruslah berprinsip dan beretika. Kita juga hendaklah saling ingat mengingati untuk diri dan orang lain juga atas prinsip kebenaran. Maka jika timbal balik antara jiwa benar kita dituai maka harapan untuk mencapai hakikat kebenaran dalam masyarakat boleh tercapai,”

Umat Islam dituntut untuk bersatu dan berhenti dari berbalah dan bersengketa antara satu sama lain.
“Siapakah yang akan mengaut keuntungan jika umat Islam bercakaran dan bersengketa sesama sendiri? Siapa lagi yang boleh membela agama Islam dan mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara jika masing-masing telah terbakar menjadi abu?
“Adakah kepada musuh islam kita mahu menyerahkan nasib agama dan bangsa kita? Ingatlah..tidak ada jaminan masa depan buat diri, keluarga dan agama jika kita tidak bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain bermula hari ini”.

0 comments:

Kenapa Awak Tak Tegur Saya?

10:48 Unknown 0 Comments

Saya Sedih !!! Kenapa awak tak tegur saya?Awak tahu saya tak tutup aurat dengan sempurna, memakai baju mengikut fesyen sehingga melanggar syariah Islam, tetapi kenapa awak tak tegur saya? Malah awak puji saya dengan cakap apa?

“ Cantiknya awak pakai baju tu!”Awak tahu saya buat maksiat dengan Boyfriend saya, selalu sahaja saya mengemas kini status dengan gambar saya dengan Boyfriend saya, tetapi kenapa awak tak pernah tegur saya? Malah awak ucap apa dekat saya?

“ Tahniah, semoga kekal ke jinjang perkahwinan.”Ucapan awak tu membuatkan saya semakin hanyut dengan dunia maksiat! Awak tahu saya selalu mengumpat dekat kawan saya, tetapi awak membiarkan sahaja saya mengumpat malah awak mengia-iakan lagi membuatkan saya yakin bahawa saya adalah di pihak yang benar walau saya tahu saya salah.

Awak memang sengaja nak masukkan saya ke neraka kan? Awak sengaja nak bahagia dengan masuk syurga sendirian kan? Awak jangan harap nak masuk sebab saya akan tarik awak masuk neraka bersama-sama dengan saya sebab awak sekongkol untuk membuatkan saya leka di dunia.Saya kurang ilmu agama, tetapi awak tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama awak tu? Kenapa awak tak guna untuk bantu saya?Saya tahu saya tak guna, tetapi awak lagi tak guna dengan membiarkan saya terseksa di kubur dengan seksaan yang perit!

Awak tunggulah di akhirat kelak, saya akan tarik awak masuk neraka sebab awak tak tegur saya!

Pengajaran: Sekiranya kita tahu, sahabat kita melakukan kesalahan, janganlah membiarkan mereka terus melakukan kesalahan, tegurlah dengan harapan kita juga mampu bersama dengannya di syurga.

0 comments:

Mari Renungkan Bersama Kisah Ini

09:34 Unknown 0 Comments

Diriwayatkan dari Manshur bin Ibrahim bahwa seorang laki-laki dari orang yang ahli ibadah berbicara dengan seorang wanita, lalu senantiasa ia demikian hingga ia meletakkan tangannya di atas pakaian wanita itu, kemudia ia menyesal. Lalu ia meletakkan tangannya di atas bara api sehingga tangannya itu kering.

Diceritakan dari al Junaid, ia berkata: "Saya mendengar Ibnul Karibi berkata: " Telah menimpaku suatu malam dengan jinabat dan itu adalah malam yang dingin lalu saya memerlukan mandi. Maka pada diriku merasa keteledoran dan keterlambatan. Lalu diriku berbicara kepada diriku dengan mengakhirkan sehingga waktu subuh. Dan saya memanaskan air atau saya masuk ke kamar mandi dan saya tidak memelihara diriku, lalu saya berkata: "Alangkah herannya! Saya bermu'amalah kepada Allah dalam sepanjang umurku, lalu wajib hak baginya atasku maka saya tidak jumpai pada diriku akan kesegaran dan saya jumpai keberhentian dan keterlambatan. Saya bersumpah bahwa saya tidak mandi kecuali pada pakaian jelekku ini dan saya bersumpah bahwa tidak membukanya, tidak memerasnya dan tidak mengeringkannya pada matahari.

Dari Thalhah RA ia berkata: "Seorang lelaki pergi pada suatu hari, lalu ia membuka pakaiannya dan berguling-guling di atas tanah yang amat panas oleh terik matahari. maka ia berkata kepada dirinya sendiri: "Rasakanlah, dan api neraka jahannam itu lebih panas. Apakah bangkai di malam hari dan penganggur di siang hari ?". Ketika ia dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba ia melihat Rasulullah SAW., dalam naungan pohon lalu ia mendatangi beliau, lalu berkata: "Diriku telah mengalahkan ku".

Malik bin Dhaighan berkata: Rabah al Qabisi datang bertanya tentang hal ayahku setelah shalat ashar lalu kami menjawab: "Sesungguhnya ia tidur". Lalu Rabah al Qabisi bertanya: "apakah tidur saat ini, apakah ini waktu tidur ?".
Kemudian ia berpaling pergi, lalu kami ikutinya dengan seorang utusan dan kami bertanya kepadanya: "Maukah kami membangunkannya bagimu ?"

Maka utusan itu datang dan ia berkata: "ia itu lebih sibuk dari pada memahami diriku sesuatu yang saya jumpainya. Ia masuk ke dalam kuburan dan ia mencaci maki dirinya seraya berkata: "Apakah kamu berkata, "waktu tidur saat ini?" apakah ini membawa bahaya atasmu ?, seorang laki-laki tidur kapan saja kapan ia kehendaki dan apa yang kamu ketahui bahwa ini tidak waktu tidur. Kamu berbicara dengan apa yang tidak kamu ketahui. Apakah kamu, bahwa bagi Alah ada janji yang tidak kamu ketahui. Apakah kamu, bahwa bagi Allah ada janji atasku yang saya tidak boleh melanggarnya selama-lamanya. Bumi tidak memberimu bantal bagi tidur akan perubahan, selain karena sakit menghalangi atasmu atau karena akal yang hilang merupakan perbuatan keji bagimu. apakah kamu tidak merasa malu, berapa banyak kamu mencela, dari kesalahanmu kamu tidak berhenti. "Utusan itu berkata: "Rabah al-Qaisi mulai menangis dan ia tidak mengetahui tampatku ini. Ketika saya mengetahui demikian maka saya berpaling dan meninggalkannya.


0 comments:

Tiba Masanya Kita Muhasabah Diri

08:58 Unknown 0 Comments

Dihari kiamat nanti akan muncul banyak penyesalan,
Dipadang mahsyar akan banyak jeritan,
Didekat titian shirot akan banyak org terpeleset, tergelincir ke neraka jahannam,
Didekat timbanag al-mizan akan banyak air mata bercucuran,
Akan muncul kegembiraan atas amal baik yg dilakukan oleh hamba,
Akan muncul juga penyesalan atas amal buruk yg dilakukan hamba,
Kezaliman saat itu akan berubah jadi kegelapan,
Sebahagian org akan masuk syurga & menaiki darjat yg tinggi,
Sebahagian org akan masuk neraka dan menuruni lembah dan jurang neraka.

Kita boleh bergembira saat ini, namun akan sampai saat dimana pengurus masjid mengumumkan"انا لله و ان اليه راجعون"،.
Telah pulang kerahmatullah, fulan bin fulan dalam umur 60, umur 45, umur 25, bahkan umur 18 & 15 tahun.
Kita hampir mendengarnya tiap hari bukan? Akan tetapi kita yg sudah mndengar itu sudahkan kita mengambil pelajaran dr itu? Sudah kah kita menyiapkan jawapan atas seluruh amal yg kita lakukan didunia? Sudahkah kita tanya diri masing-masing?
Muhasabah diri...!!

Jom kita sibukkan diri melengkapi diri dengan ilmu agama yang wajib kita ketahui walaupun sibuk dgn kehidupan dunia... Jadikan dunia sebagai wasilah kebahagiaan di akhirat, bukannya menjadi sebab kesengsaraan di alam sana yg kekal abadi...


0 comments: